Powered By Blogger

Thursday, April 9, 2009

Tahukah anda 2

"... bahawa sebuah stesen angkasa dibezakan dengan kapal angkasa lepas berpenghuni lain oleh kekurangan pendorongan utama atau kemudahan pendaratan?"

"... bahawa Koyakan Besar merupakan hipotesis kosmologi mengenai nasib muktamad alam semesta?"

"... bahawa rasa masam dalam makanan adalah disebabkan oleh asid asetik?"

"... bahawa kebanyakan Autobahn Jerman tiada had laju maksimum?"

"... bahawa Sungai Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia berdasarkan jumlah air?"

"... bahawa Amerika Syarikat tertubuh akibat koloni Inggeris di benua Amerika menentang cukai?"

"... bahawa kadar pertukaran suatu mata wang boleh berubah-ubah berbanding wang lain dan ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran?"

"... bahawa amalan kesihatan pengairan hidung membabitkan pembanjiran rongga hidung dengan air garam suam?"

"... bahawa Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim?"

"... bahawa Lebuhraya Pan Amerika adalah jalan raya kenderaan bermotor terpanjang di dunia?"

"... bahawa Perang Salib Keempat asalnya dirancang untuk menawan Jerusalem dari orang Islam, tetapi akhirnya tentera salib menyerang dan menawan Constantinople, ibu negara Empayar Byzantine?"

"... bahawa bandar Venice terdiri dari 117 pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan?"

"... bahawa cerita cinta klasik Laila dan Majnun adalah berdasarkan kisah benar?"

"... Diego Maradona menjaringkan Gol Tangan Tuhan dan Gol Abad Ini dalam perlawanan yang sama?"

"... bahawa bayi baru lahir memerlukan sehingga 18 jam tidur?"

"... bahawa kitab Al-Tasrif menjadi panduan untuk para doktor dan pembedah dalam Dunia Islam dan Zaman Pertengahan Eropah selama enam abad?"

"... bahawa semua tarantula boleh mengeluarkan sutera?"

"... bahawa menurut Kitab Bible, sebelum Menara Babel dibina seluruh umat manusia bercakap dalam bahasa yang satu?"

"... bahawa Abrahah pernah membina sebuah gereja besar di Sana'a, untuk menyaingi Kaabah di Makkah?"

"... bahawa ulat tiket di Hentian Puduraya sering menjual tiket palsu walaupun pangkalan ronda polis stesen terletak hanya di seberang kaunter tiket?"

"... bahawa bom juga dapat membunuh manusia dengan hanya bunyi yang dihasilkannya?"

0 comments:

Every woman in the world