Powered By Blogger

Thursday, April 9, 2009

Tahukah anda 1

"... bahawa rawatan yang paling biasa dan paling berkesan bagi kandungan luar rahim ialah pembedahan untuk membuang kandungan tersebut?"

"... bahawa Islam mengharamkan penasaban seseorang kepada selain ayahnya?"

"... bahawa remaja lelaki di Singapura diwajibkan menyertai Khidmat Negara selama 2 tahun apabila mencecah umur 18 tahun?"

"... bahawa Perpecahan Timur-Barat menyebabkan dunia Kristian Zaman Pertengahan berpecah kepada Timur (Greek) dan Barat (Latin)?"

"... bahawa hotel moden biasanya menyediakan kemudahan membuat minuman panas di setiap bilik?"

"... bahawa Zaman Baru ialah sebuah pergerakan sosial dan kerohanian dari Barat yang bertujuan mencari "Kebenaran Sejagat"?"

"... bahawa hanya satu pesawat F-15S/MTD dibina, dan kini digunakan oleh NASA?"

"... bahawa Perang Salib Kelima berakhir dengan perjanjian damai selama lapan tahun?"

"... bahawa hubungan Israel-Amerika Syarikat merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah?"

"... bahawa dalam kenderaan, semua peralatan elektrik kenderaan dibumikan ke badan kenderaan?"

"... bahawa sesetengah Akta Parlimen di United Kingdom boleh diatasi oleh undang-undang Kesatuan Eropah?"

"... bahawa rubidium mempunyai separuh hayat 4.88×1010 tahun, lebih lama daripada anggaran umur alam semesta?"

"... bahawa air kencing biasanya tidak berbau?"

"... bahawa hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat?"

"... bahawa Akta Hak Asasi Manusia 1998 menghapuskan hukuman mati di United Kingdom?"

"... bahawa kebanyakan lintah tidak menghisap darah?"

"... bahawa burung hering Nasar Raja sering mengusir jenis-jenis burung Nasar Dunia Baru yang lebih kecil dari bangkai?"

"... bahawa Amerika Syarikat adalah negara ketiga teramai penduduk di dunia selepas China dan India?"

"... bahawa di sesetengah tempat, dorayaki terkenal kerana menjadi kuih kegemaran Doraemon?"

"... bahawa 73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-ganang yang merentasi setiap pulau utama?"

"... bahawa sentimen anti-Malaysia di Indonesia bermula sejak pembentukan Malaysia pada 1957 lagi?"

"... bahawa antara makanan pepatung termasuklah nyamuk, lalat, lebah, semut dan kupu-kupu?"

0 comments:

Every woman in the world