Wednesday, March 25, 2009

Lembu

Seekor lembu betina telah berhenti memberikan khidmatnya untuk memberi susu kepada penduduk sebuah kampung di utara Russia.

Oleh itu pemiliknya mengambil keputusan untuk membeli lembu betina yang baru dan muda bagi memberikan susu lembu yang lebih berkhasiat kepada penduduk kampung itu.

Tanpa pengetahuan penduduk kampung, pemilik lembu itu telah pergi ke Minsk untuk mencari lembu tersebut kerana beliau mendapat tahu bahawa lembu-lembu di sana berasal dari baka yang baik-baik.

Dipendekkan cerita, beliau menemui lembu yang dicarinya dan membawa pulang ke kampungnya.

Untuk membuatkan lembu itu mengeluarkan susu, dia hendaklah mengawankannya dengan lembu jantan 'macho' kepunyaannya.

Pada percubaan pertama, lembu jantan tersebut cuba merapati lembu betina yang muda itu, tetapi semakin didekati, semakin lembu betina itu lari.

Percubaan kedua juga gagal kerana lembu jantan yang 'macho' itu dimarahi lembu betina tersebut.

Percubaan ketiga juga tidak berhasil apabila lembu jantan itu ditendang oleh lembu betina tersebut.

Pening memikirkan masalah itu, pemilik lembu bertemu dengan ketua kampung untuk mendapatkan nasihat.

"Walaupun kamu tidak beritahu,saya rasa saya tahu dari mana kamu membeli lembu itu" terang ketua kampung kepada pemilik lembu.

"Kenapa Tok kata begitu?" tanya pemilik lembu kehairanan.

"Kerana isteri saya juga berasal dari Minsk"

MySpace

0 comments:

Every woman in the world