Powered By Blogger
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, June 11, 2009

Panglima Awang

Teringat time matrik, kena bg public speaking ntuk subject English..
Time tu aku duk citer psal Panglima Awang..
Haa.. Sape Panglima Awang ni? click sini
Sminggu gak lah aku duk cari bahan psal mamat ni.. haha
Bkn mudah nk jumpa supporting material..
Kbykan dr tenet lh.. ader dr novel..
Kalo knal HM Tuah, dia ader citer psal Panglima Awang..
dlm dua novel beliau, Hatimu untuk siapa n Enrique mengundang jauh..
Dlm tahun 1957, Harun Aminurrashid turut mengeluarkan buku berjudul Panglima Awang, memperihalkan pasal Panglima Awang ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok.. b4 aku start citer psal Panglima Awang ni..
aku nk tanye dulu, Sapa manusia pertama yg mengelilingi bumi?
dlm sejarah, termaktub orang pertama yang mengelilingi bumi ialah..
Ferdinand Magellan.. click here


So sape plak Panglima Awang ni?
Ape kaitan dia ngan Magellan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku start citer dari awal lh ek..
Masa Portugal menawan Melaka pd Tahun 1511,
Panglima Awang turut serta dlm mempertahankan Tanah Air,
Kerana Melaka kalah dalam perang tersebut,
ramai pemuda2 melayu menjadi tahanan,
ini termasuklah Panglima Awang,
Tahanan perang ni pun dibawa blk ke Portugal utk dijadikan hamba,
Dan Ferdinand merupakan kapten kapal tersebut,
Walaupun tahanan2 dilayan seperti hamba,
dengan tangan & kaki dirantai, namun Panglima Awang dikecualikan,
Dia dilayan seperti sahabat oleh Magellan,
Mengapa? Sebab kebolehan Panglima Awang dlm ilmu pelayaran..

Sepanjang tempoh pelayaran balik ke Portugal,
Magellan mengajar Panglima Awang bertutur dlm bahasa Portugal,
dan menukar nama Panglima Awang kpd Enrique..
Supaya Panglima Awang bebas dari dikenakan hukuman di Portugal..
Masuklah Enrique ke Portugal sebagai pembantu Magellan,
Enrique membantu kerja2 di ladang Magellan,

Suatu hari, Magellan menyatakan cita2nya untuk membuktikan
bahawa apabila kita terus belayar ke barat, kita akan sampai ke timur..
iaitu menyatakan bahawa bumi ini bulat..

Masyarakat ketika itu menerima bahawa bumi adalah rata..
Ketika Magellan menyatakan pelan nya kepada Raja Portugal
Pelan nya ditolak mentah2, hal ini mendukacitakan Magellan..
Kemudian Magellan mengadap Raja Sepanyol dan
ideanya diterima. Magellan bersama keluarganya pun
menukar kerakyatan kepada sepanyol.
Magellan pun memulakan pelayarannya dengan 6 buah kapal xsilap..
Enrique pun ikut serta dlm pelayaran tersebut..

Aku skip je lh kisah pelayaran Magellan ek, nk tau baca sndr kt wiki,,
Selama berbulan2 pelayaran, sampailh mereka ke suatu pulau,
Enrique merasakan dia kenal tempat itu,
saling xtumpah mcm Melaka,
ya, mereka telah berjaya smpai ke timur,
Di Pulau tersebut, Enrique menjadi penterjemah kepada Magellan,
kerana bahasa di tempat tersebut xjauh berbeza dengan bahasa yang diketahuinya,
Melalui penduduk setempat, taulah Enrique bahawa
mereka telah sampai ke Filipina,
Dan di sini lh Magellan meninggal dunia, akibat dipanah oleh penduduk
ketika mereka menyerang kampung2 disitu..
hanya sebuah kapal berjaya melarikan diri dan pulang ke Sepanyol..
Nama kapal tersebut Victoria

Namun dalam catatan sejarah Sepanyol, nama Enrique dikecualikan..
mengikut kisah Harun Aminurrashid,
Enrique kembali ke Sepanyol dan mengkhabarkan berita kematian
Magellan kepada ahli keluarganya,
dan Enrique terus menetap di sana, dan mengahwini Isabel,
Adik perempuan Magellan,

Dalam novel HM Tuah, penjejakan fakta ini
menemui sebuah tempat di Sepanyol bernama Malaga,

dipercayai tempat tinggal Enrique dan isterinya.
Benar atau tidak aku pun tak pasti...
Kisah sejarah ni beselh ader bias.. huhu..
Tp kalo betul maka Enrique merupakan manusia pertama mengelilingi bumi,
ya.. orang melayu..
entah betul entah tidak hipotesis ni...
Tp Enrique sememangnya wujud dan diceritakan dalam sejarah pelayaran Magellan,
Cumanya kemana Enrique selepas kematian Magellan tidak diceritakan..

Dari kisah ini dapatlah diambil iktibar bahawa orang melayu dahulu sememangnya
telah berjaya dalam bidang pelayaran, ilmu pelayaran telah berkembang pesat
dan Melaka menjadi pelabuhan terpesat di dunia ketika itu,
Jika nenek moyang kita telah berjaya mengelilingi dunia
ke manakah hala tuju kita, masihkah kita lena,
daripada menyambung kegemilangan bangsa..
Fikir2kanlah, Melayu bukan lemah,
Melayu xmudah lupa,
Tp hanya kita yang masih lena..

Wednesday, April 8, 2009

Mengapa oh mengapa



Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...

...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?




Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...



...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?





Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...


...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"




Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...

...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?




Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...

...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?




Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...

...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?




Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...

...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!




Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...

...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Monday, March 23, 2009

Kecantikan Abadi

Siapa tak nak kalau sudah tua masih dikatakan bergetah. Siapa tak mahu kalau sudah lanjut usia badan masih kuat, tak rabun dan otak masih boleh ingat. Tetapi adakah caranya untuk mengelak hal-hal ini daripada berlaku?

Manusia tidak pernah berhenti dari membina teladan dan mencari pengalaman. Sejak kewujudan manusia, tidak pernah manusia berhenti mencari sumber alam untuk dijelmakan menjadi petua dan panduan demi menjadikan hidup lebih baik dan berkualiti.

Kata orang, untuk menguatkan badan makanlah daging selalu, tapi usah terlalu kerap. Seminggu sekali cukup untuk daging merah. Kemudian pakailah haruman selalu. Psikologinya apabila berbau harum kita akan terasa lebih selesa untuk hidup. Keharuman menyebabkan kita menghiru nafas dalam-dalam dan ini membetulkan sistem-sistem saraf dalam badan. Maka, tak mustahillah badan menjadi kuat.

Satu lagi, kerap-keraplah mandi. Bayangkan anda tidak mandi seminggu lamanya. Anda bukan tinggal di Eropah tetapi di sini? Negara Khatulistiwa memang panas dan merengsakan. Kalau tak mandi memang rengas dan psikologinya akan menyebabkan badan lemah dan malas. Cuba lihat, sebaik saja anda mandi awal pagi ataupun sewaktu petang ataupun pada bila-bila masa saja anda rasakan ingin mandi apa yang berlaku selepas itu? Tentunya segar dan terasa kuat seluruh badan, bukan?

Langkah keempat, pakailah pakaian dari kapas. Memang berbeza. Jika anda pakai pakaian dari nylon atau bercampur aduk antara nylon dengan kapas, dengan kapas seratus peratus, anda akan dapati tubuh lebih selesa dan ini tentunya memberi kekuatan.

Hendak tahu apa pula perkara-perkara yang boleh melemahkan badan? Antaranya banyak berkelamin, selalu berasa cemas, banyak minum air ketika makan dan banyak makan bahan-bahan makanan yang masam. Dalam meniti usia menuju penyudah eloklah kurang-kurangkan aktiviti seksual tetapi tingkatkanlah ibadah yang memaksa pergerakan badan terutama solat.

Satu lagi yang mudah dialami ialah rabun. Meskipun rabun tidak semestinya hanya berlaku setelah tua, peratus orang tua yang menjadi rabun tentu lebih ramai dari peringkat-peringkat usia yang lain. Seorang ustaz memberitahu saya, pandanglah kehijauan selalu untuk menajamkan mata sekali gus mengelakkan rabun. Sayangnya saya diberitahu tentang ini setelah menjadi rabun.

Jika anda sayangkan penglihatan selalulah duduk menghadap kiblat dan memandang kehijauan, mungkin sawah padi, lembah hijau dari puncak bukit, mahupun sekadar lukisan berwarna hijau di dinding rumah. Rajin-rajin juga pakai baju berwarna hijau atau galakkan orang sekeliling memakai pakaian hijau. Boleh juga cat rumah dengan warna hijau lembut dan tukar warna cat kereta kepada hijau.

Pada usia melepasi 40 adalah sempadan bagi dua keadaan; semakin dihormati ataupun didoakan pergi. Jika usia sebelumnya telah digunakan untuk pelbagai perkara baik hingga mencuri kasih sayang manusia, usia selepasnya adalah tempoh semakin dihormati; tetapi sekiranya usia sebelum itu penuh dengan pelbagai hal yang mencacatkan penghormatan manusia, yang selepasnya adalah caci maki.

Oleh itu berusahalah supaya penghujung usia adalah saat mempamerkan mutiara yang sebelumnya digilap dengan usaha. Tajamkan fikiran dan matangkan pendirian. Usah terlalu banyak berbual kosong tetapi tidak salah atas maksud kemasyarakatan dan kemesraan bersama penduduk setempat. Terlalu diam atau memencilkan diri akan menyebabkan terpencil dan dipencil. Dan usah lupa untuk mendekatkan diri dengan orang soleh serta bergaul dengan para ulama.

Seseorang itu dicermin oleh kawannya, kalau baik kawannya maka baik jugalah dia. Begitu jugalah sebaliknya.

Dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda, lebih kurang begini, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak akan mendapat bau wanginya. Kalau berkawan dengan tukang besi, jika tidak terbakar baju kita paling kurang kita akan terasa bahangnya.

Yang paling indah pada penghujung usia ialah kesihatan luar dan dalam. Sihat memberikan kecantikan dan ketampanan tetapi adalah lebih cantik dan tampan sekiranya dalamnya turut indah dan menawan.

Sepetang di RasaMAS

Jumaat lepas aku kuar ke Ktn amik banner. B4 blik g lh mkn kt Rasamas, cam KFC lah gak. Tringat slalu pegi situ ngan arwah. Time nk mnjamu selera tetiba datang sorg adik ni. Persis adik aku susuknya. Dia minta derma. utk ape tak taulah. Tp kt Ktn, petang2 jumaat memang ramai bdk2 minta derma pegang yassin. Tanpa keberatan aku pun kc lh.

Tp sekarang aku rasa menyesallh plak. Nape lah aku g kc duit tu kt dia. Entah ke mana duit tu pergi ye. Maybe org yg suruh adik2 ni kutip derma amik. Bdk2 ni dpt ape lh. Kecik2 da susah payah. Anak yatim ke. Nape lah tak terlintas di fikiran aku time tu. Yg aku menyesal sgt2 nape lah aku xpelawa adik tu makan. Dah mkn ke dia. Lapar ke. Bebalnye lh aku xterfikir psal tu. Angkuh benar aku tak berkongsi nikmat dengan insan yang memerlukan.

Bknnye aku tak pernah jmpa bdk2 minta derma. Nape yg sorg ni buat aku sedar nilai duit yg aku kc tu xbernilai. Maybe sbb dia mcm adik aku lagaknya. Aku jatuh prihatin.

Ya Allah, kubersyukur kerana Kau berikan aku hidayahMu. Kukira sedekahku selama ini bernilai buatMu. Namun kusedar ikhlasnya tak kesampaian. Tangan memberi tapi di hati tiada terdetik rasa simpati. Berbanding wang ringgit yang dihulur. Alangkah mulianya insan yang sedekahkan air minuman. Apatah lagi makanan alas lapar.

Dulu di pasar malam. Aku perasan seorang perempuan menghulur juadah buat makcik peminta sedekah. Aku jatuh hairan. Siapakah perempuan tu. Anak dia? Kenalankah? Sekarang baru aku sedar, mulianya dia. Dalam kerumunan manusia yang leka menatap makanan. Menggendong nafsu haloba. Ada lagi manusia yang prihatin. Sedangkan memberi minum anjing yang dahaga beroleh ganjaran syurga. Lagi pula memberi minum insan yang dahaga. Alangkah ruginya kita dengan sifat angkuh yg mengaburi mata hati kita. Sama2lah kita membina keikhlasan. aminnnnn

TENTANG KITA

Musuh utama manusia adalah dirinya sendiri
Kegagalan terutama manusia adalah kesombongan
Kebodohan terutama manusia adalah sifat menipu
Kesedihan terutama manusia adalah iri hati
Kesalahan terutama manusia adalah mencampakkan dirinya dan orang lain

Sifat manusia yang terkasih adalah rendah hati
Sifat manusia yang paling diuji adalah semangat dan keuletannya
Kehancuran terbesar manusia adalah rasa keputusasaan
Harta terutama manusia adalah kesehatan
Hutang terbesar manusia adalah hutang budi
Hadiah terutama manusia adalah sifat lapang dada dan mau memaafkan

Kekurangan terbesar manusia adalah sifat berkeluh kesah dan tidak memiliki kebijaksanaan
Ketenteraman dan kedamaian terutama manusia adalah suka berdana dan beramal
"Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu hal ...... memahami orang lain dan menerima keberadaannya tanpa mempersoalkan "kekurangannya"

"Sebagaimana diri kita, demikian pula makhluh lain, sebagaimana makhluk lain, demikian pula diri kita. Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka, tidak seharusnya kita saling berselisih, bertengkar dan membunuh atau menyebabkan hal itu."

"Kulihat saudaraku dengan mikroskop kritik dan ku katakan sungguh jahat saudaraku itu, kulihat lagi ia dengan teleskop hina dan kubilang alangkah kecilnya ia, kemudian kupandang ia dengan cermin kebenaran, alangkah miripnya ia dengan aku"

Pesan Roh kepada Manusia

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya kepada AllahS..W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.



Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-



1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.


3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.


5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."



Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-



1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.


3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Every woman in the world