Jumaat lepas aku kuar ke Ktn amik banner. B4 blik g lh mkn kt Rasamas, cam KFC lah gak. Tringat slalu pegi situ ngan arwah. Time nk mnjamu selera tetiba datang sorg adik ni. Persis adik aku susuknya. Dia minta derma. utk ape tak taulah. Tp kt Ktn, petang2 jumaat memang ramai bdk2 minta derma pegang yassin. Tanpa keberatan aku pun kc lh.
Tp sekarang aku rasa menyesallh plak. Nape lah aku g kc duit tu kt dia. Entah ke mana duit tu pergi ye. Maybe org yg suruh adik2 ni kutip derma amik. Bdk2 ni dpt ape lh. Kecik2 da susah payah. Anak yatim ke. Nape lah tak terlintas di fikiran aku time tu. Yg aku menyesal sgt2 nape lah aku xpelawa adik tu makan. Dah mkn ke dia. Lapar ke. Bebalnye lh aku xterfikir psal tu. Angkuh benar aku tak berkongsi nikmat dengan insan yang memerlukan.
Bknnye aku tak pernah jmpa bdk2 minta derma. Nape yg sorg ni buat aku sedar nilai duit yg aku kc tu xbernilai. Maybe sbb dia mcm adik aku lagaknya. Aku jatuh prihatin.
Ya Allah, kubersyukur kerana Kau berikan aku hidayahMu. Kukira sedekahku selama ini bernilai buatMu. Namun kusedar ikhlasnya tak kesampaian. Tangan memberi tapi di hati tiada terdetik rasa simpati. Berbanding wang ringgit yang dihulur. Alangkah mulianya insan yang sedekahkan air minuman. Apatah lagi makanan alas lapar.
Dulu di pasar malam. Aku perasan seorang perempuan menghulur juadah buat makcik peminta sedekah. Aku jatuh hairan. Siapakah perempuan tu. Anak dia? Kenalankah? Sekarang baru aku sedar, mulianya dia. Dalam kerumunan manusia yang leka menatap makanan. Menggendong nafsu haloba. Ada lagi manusia yang prihatin. Sedangkan memberi minum anjing yang dahaga beroleh ganjaran syurga. Lagi pula memberi minum insan yang dahaga. Alangkah ruginya kita dengan sifat angkuh yg mengaburi mata hati kita. Sama2lah kita membina keikhlasan. aminnnnn
2 comments:
bgus2...
itulah yg sebaik nya...
bg mknn bukn duit...
sbb kalo bg mknn kita nmpk budk tu mkn...
tp kalo mampu bg la dua2...
hehehe...
Ha ah.. btul2.. itulh yg sbaiknya..
Post a Comment