Teringat time matrik, kena bg public speaking ntuk subject English..
Time tu aku duk citer psal Panglima Awang..
Haa.. Sape Panglima Awang ni? click sini
Sminggu gak lah aku duk cari bahan psal mamat ni.. haha
Bkn mudah nk jumpa supporting material..
Kbykan dr tenet lh.. ader dr novel..
Kalo knal HM Tuah, dia ader citer psal Panglima Awang..
dlm dua novel beliau, Hatimu untuk siapa n Enrique mengundang jauh..
Dlm tahun 1957, Harun Aminurrashid turut mengeluarkan buku berjudul Panglima Awang, memperihalkan pasal Panglima Awang ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ok.. b4 aku start citer psal Panglima Awang ni..
aku nk tanye dulu, Sapa manusia pertama yg mengelilingi bumi?
dlm sejarah, termaktub orang pertama yang mengelilingi bumi ialah..
Ferdinand Magellan.. click here
So sape plak Panglima Awang ni?
Ape kaitan dia ngan Magellan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku start citer dari awal lh ek..
Masa Portugal menawan Melaka pd Tahun 1511,
Panglima Awang turut serta dlm mempertahankan Tanah Air,
Kerana Melaka kalah dalam perang tersebut,
ramai pemuda2 melayu menjadi tahanan,
ini termasuklah Panglima Awang,
Tahanan perang ni pun dibawa blk ke Portugal utk dijadikan hamba,
Dan Ferdinand merupakan kapten kapal tersebut,
Walaupun tahanan2 dilayan seperti hamba,
dengan tangan & kaki dirantai, namun Panglima Awang dikecualikan,
Dia dilayan seperti sahabat oleh Magellan,
Mengapa? Sebab kebolehan Panglima Awang dlm ilmu pelayaran..
Sepanjang tempoh pelayaran balik ke Portugal,
Magellan mengajar Panglima Awang bertutur dlm bahasa Portugal,
dan menukar nama Panglima Awang kpd Enrique..
Supaya Panglima Awang bebas dari dikenakan hukuman di Portugal..
Masuklah Enrique ke Portugal sebagai pembantu Magellan,
Enrique membantu kerja2 di ladang Magellan,
Suatu hari, Magellan menyatakan cita2nya untuk membuktikan
bahawa apabila kita terus belayar ke barat, kita akan sampai ke timur..
iaitu menyatakan bahawa bumi ini bulat..
Masyarakat ketika itu menerima bahawa bumi adalah rata..
Ketika Magellan menyatakan pelan nya kepada Raja Portugal
Pelan nya ditolak mentah2, hal ini mendukacitakan Magellan..
Kemudian Magellan mengadap Raja Sepanyol dan
ideanya diterima. Magellan bersama keluarganya pun
menukar kerakyatan kepada sepanyol.
Magellan pun memulakan pelayarannya dengan 6 buah kapal xsilap..
Enrique pun ikut serta dlm pelayaran tersebut..
Aku skip je lh kisah pelayaran Magellan ek, nk tau baca sndr kt wiki,,
Selama berbulan2 pelayaran, sampailh mereka ke suatu pulau,
Enrique merasakan dia kenal tempat itu,
saling xtumpah mcm Melaka,
ya, mereka telah berjaya smpai ke timur,
Di Pulau tersebut, Enrique menjadi penterjemah kepada Magellan,
kerana bahasa di tempat tersebut xjauh berbeza dengan bahasa yang diketahuinya,
Melalui penduduk setempat, taulah Enrique bahawa
mereka telah sampai ke Filipina,
Dan di sini lh Magellan meninggal dunia, akibat dipanah oleh penduduk
ketika mereka menyerang kampung2 disitu..
hanya sebuah kapal berjaya melarikan diri dan pulang ke Sepanyol..
Nama kapal tersebut Victoria
Namun dalam catatan sejarah Sepanyol, nama Enrique dikecualikan..
mengikut kisah Harun Aminurrashid,
Enrique kembali ke Sepanyol dan mengkhabarkan berita kematian
Magellan kepada ahli keluarganya,
dan Enrique terus menetap di sana, dan mengahwini Isabel,
Adik perempuan Magellan,
Dalam novel HM Tuah, penjejakan fakta ini
menemui sebuah tempat di Sepanyol bernama Malaga,
dipercayai tempat tinggal Enrique dan isterinya.
Benar atau tidak aku pun tak pasti...
Kisah sejarah ni beselh ader bias.. huhu..
Tp kalo betul maka Enrique merupakan manusia pertama mengelilingi bumi,
ya.. orang melayu..
entah betul entah tidak hipotesis ni...
Tp Enrique sememangnya wujud dan diceritakan dalam sejarah pelayaran Magellan,
Cumanya kemana Enrique selepas kematian Magellan tidak diceritakan..
Dari kisah ini dapatlah diambil iktibar bahawa orang melayu dahulu sememangnya
telah berjaya dalam bidang pelayaran, ilmu pelayaran telah berkembang pesat
dan Melaka menjadi pelabuhan terpesat di dunia ketika itu,
Jika nenek moyang kita telah berjaya mengelilingi dunia
ke manakah hala tuju kita, masihkah kita lena,
daripada menyambung kegemilangan bangsa..
Fikir2kanlah, Melayu bukan lemah,
Melayu xmudah lupa,
Tp hanya kita yang masih lena..
1 comments:
Salam...
Aku tabik spring pada ko kerana memberi informasi yang berguna dan penuh ilmiyah nie (Pergh, ayat skema siot)
Ya, melayu adalah hebat dengan sebab islam..Apabila melayu tinggalkan islam, maka melayu hanya jadi me-layu
Ini telah dibuktikan dengan kejatuhan empayar melaka ditangan portugis itu sendiri...Apabila penguasa leka dengan dunia, dan agama dikesampingkan
Post a Comment