Powered By Blogger

Wednesday, March 25, 2009

3 Sahabat

Al kisah adalah 3 orang sahabat yang sungguh susah hidup mereka. Ghuyub seorang pengira tiang letrik yang bertauliah, Kulop pula seorang pencabut uban monyet profesional, manakala Nyot pula seorang pencincang air yang masih belum confirm jawatannya.

Satu hari minggu, mereka pergi ke satu tempat perkelahan sambil membincangkan masa depan hidup mereka. Tiba-tiba mereka terdengar perbualan seorang tukang pencuci batu sungai dengan seorang penjual sate beruang kutub.

"Kau tau tak, dekat Bukit Skodeng ada satu gua yang di dalamnya tinggal seorang pendita tua?

"Mana aku tau. Kau tak kasi tau aku semalam."

"Kata orang, sesiapa yang dapat berjumpa dengannya akan kaya raya hidupnya", cerita si pencuci batu sungai itu lagi.

Sahabat bertiga yang terdengar perbualan mereka itu tadi terus mendapat satu ilham dan mula merancang untuk ke Bukit Skodeng pada esok hari.

Dipendekkan cerita, sampailah mereka ke gua tersebut. Lalu bertemulah mereka dengan seorang pendita tua yang sedang menumbuk sambal untuk makan malamnya.

"Lato', kami datang nak makan." sapa Ghuyub
"Hoi! Makan boleh lain kali la...kami datang nak jadi kaya raya Lato'" marah Nyot pada Ghuyub sambil memberitahu maksud kedatangan mereka kepada pendita tua tersebut.

"Oooo...mau jadi kaya hoh? Boree...borreee.." jawab pendita tua itu dengan bahasa Jepun yang mencurigakan.

"Kamu mesti datang berjumpa dengan aku seorang demi seorang pada hari yang berlainan dengan membawa beberapa biji daripada satu jenis buah sahaja. Pada masa itu aku akan berikan kamu syarat-syarat untuk jadi kaya!" terang pendita tua itu kepada mereka bertiga (seperti yang di'translate'kan oleh kucing di gua itu kepada saya dalam bahasa baku).

Maka sahabat bertiga itu pun pulanglah ke kampung mereka dan memikirkan buah apa yang akan mereka bawa untuk berjumpa dengan pendita tua setelah tiba giliran mereka nanti.

"Senang je ni...aku nak bawak buah langsat la" kata Ghuyub dalam hati.

Esoknya adalah giliran Ghuyub untuk berjumpa dengan pendita tua itu. Bersama-samanya di bawa setangkai langsat.

"Baiklah. Sekarang kamu telah penuhi syarat pertama. Syarat kedua dan terakhir sebelum kamu perolehi kekayaan ialah....." pendita tua tu bagi Ghuyub suspen..

"Kamu hendaklah masukkan kesemua buah langsat itu ke dalam punggung kamu. Sekiranya kamu berjaya, 1 jongkong emas akan aku berikan."

Ghuyub yang melopong terus mengikut arahan pendita tua itu. Satu persatu buah langsat itu dimasukkan dengan mukanya yang berkerut-kerut menahan kentutnya.

Akhirnya...berjayalah Ghuyub memasukkan kesemua DUA BELAS biji langsat kedalam punggungnya. Pendita tua berpuas hati dan memberikannya 1 jongkong emas. Ghuyub pulang dan bercadang untuk membuka bisnes kain kapan yang diidam-idamkannya selama ini.

Hari kedua merupakan giliran Kulop. Apabila dilihatnya Ghuyub sudah mendapat 1 jongkong emas dengan hanya membawa setangkai buah langsat, dia terfikir "Ada baiknya aku bawa sebakul buah epal. Untung-untung aku boleh dapat 2 jongkong emas".

Maka berlakulah perkara yang sama kepada Kulop. Dia juga berjaya dan pulang membawa 2 jongkong emas sambil terkangkang-kangkang.

Nyot yang hairan bertanya kenapa Kulop berjalan terkangkang-kangkang itu.

"Aku terlupa nak sikat bulu kaki aku tadi", jawab Kulop selamba.

Oleh kerana terlalu gembira melihatkan Kulop yang berjaya membawa pulang 2 jongkong emas dengan bersyaratkan sebakul epal sahaja, Nyot mendapat satu idea yang sungguh memberahikan! "Aku akan bagi pendita tua tu happy gila besok bila aku bawak buah-buah ni semua", katanya Nyot dengan konfidennya dalam hati.

Sesampainya Nyot dengan senyum lebar ke gua tersebut, pendita tua itu pun memberitahunya dengan gembira, "Hari ini kau sungguh bertuah kerana aku nak buat clearance stock. Kau boleh ambil semua jongkong emas di gua ini kalau kau berjaya menyempurnakan syarat ke dua aku"

Setelah pendita tua itu menerangkan syaratnya kepada Nyot....dia terus jatuh pengsan....sambil sempat melihat dengan sayunya kearah BUAH DURIAN yang dibawanya SATU LORI!!!

MySpace

0 comments:

Every woman in the world