HATI ITU MILIK SIAPA
Teringat suatu tika dulu..
Sebelum ku miliki hati itu
Pernah ku melafazkan janji Kepada Si Pemilik Hati
Untuk taat setia
Menyintai sepenuh hati
Tiada duanya lagi..
Pernah jua
Ku taburkan janji manis
Sanggup ku daki gunung tinggi,
Sanggup ku redah hutan merimbun,
Sanggup ku rentas lautan berapi
Yang pasti..
Takku biar tergugah dan tergoyah
Rasa cintaku kepada Si Pemilik Hati
Kan ku jaga dan pelihara hati itu
Dari fitnah dunia yang mewajahkan keindahan
Nafsu yang menjanjikan keseronokan
Jua kemewahan yang diingini setiap insan..
Kini..
Hati itu telah ku miliki
Lupa aku pada janji
Entah di mana ku campakkan
Hingga secara sedar Hati itu
Telah ku simbah dengan api kemarahan
Telah ku bakar dengan kemungkaran
Telah ku musnahkan dengan keegoan
Namun...
Tiba-tiba ku tersedar...
Hati itu sebenarnya bukan milikku
Hanya pinjaman seketika waktu
Sementara roh masih di jasad
Kelak..
Akan diperhitung segala yang ku perbuat
Adakah selari dengan syariat
Hati menurut tanpa syarat…
Hati itu tetap bukan milikku..
Dulu..
kini dan selamanya
Ku kira sudah terlambat
Untukku bertaubat
Lantaran menyesal
Hanya bila diri ditimpa ujian
Alangkah dhaifnya keimanan
Yang menjadi benteng pertahanan
Kini tersungkur di pertengahan jalan..
Kini…
Hati itu..
Yang tetap bukan milikku
Pinjaman dari Si Pemilik Hati
Dengan kasih yang tidak bertepi
Menjadi cahaya di kegelapan
Menunjuk jalan pulang
Bagi aku yang kehilangan arah dan tujuan..
Kepada-Mu Si Pemilik Hati
Pemilik abadi hati insani
Ampunilah daku..
Atas kesalahan jua kesilapan
Seringkali mempersiakan kurniaan
Tatkala merangkak mencari keredhaan
Dalam menjejak kasih sayang Tuhan…
Wednesday, April 8, 2009
Wuduk
Seorang ulamak sedang berada didalam sebuah kapalterbang untuk kesebuahnegeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhu.Olehkerana tandas didalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing/basin),seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkankakikedalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudarimencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kalidalamsehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, berarti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Labels:
lawak
Temubual dengan pengembala biri2
Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri...
Pemuda : Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Aaa...yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.P
emuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?

Istikhlas II
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada
mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.(Faathir: 29)
Sifat ikhlas adalah pokok segala kebahagiaan. Sesuatu kerja yang tidak lahir dari hati ikhlas, nescaya tidak menghasilkan buah, malah boleh merugikan. Ingatlah, amal tanpa disertakan dengan keikhlasan hati, tidak menghasilkan pahala di sisi Allah Swt.
Orang yang tidak mempunyai keikhlasan hati umpama berdiri di tempat gelap tidak mempunyai lampu cahaya untuk meneranginya, tidak mempunyai sayap untuk terbang tinggi. Dia bekerja hanya untuk dorongan hawa nafsu.Jika itu niatnya, dia akan jatuh ke lembah kebinasaan dan kehinaan. Tuhan memerintahkan kita supaya beramal dan beribadat dengan keikhlasan hati.
Segala pengabdian diri terhadap Allah Swt hendaklah dilakukan seikhlas-ikhlasnya dengan penuh kebenaran, keadilan, kebijaksanaan dan kesabaran.Allah Swt memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepada-Nya dengan tulus ikhlas. Dalam erti kata kerjakan sesuatu amalan dan pekerjaan itu kerana Allah bukan sekali-kali disebabkan sesuatu atau seseorang, lebih-lebih bagi merebut ganjaran kebendaan.
Syeikh Al Khushairi seorang pengasas tasauf menerangkan bahawa ikhlas itu mengerjakan ibadah kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah. Ia bukan kerana untuk mencari kesayangan orang atau sesuatu hal lain.
Sifat keikhlasan hati yang menjadi pedoman kepada seseorang dalam pekerjaan atau perkhidmatan. Ia adalah alat yang menyampaikan cita-cita mulia. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan hati, tentu tidak mudah patah atau putus harapan. Tidak mudah putus asa. Dia tidak akan puas hati sebelum pekerjaan yang dilaksanakannya itu berhasil sepenuhnya.Mereka dalam bekerja, teguh pendirian serta kuat hemah dan kemahuannya. Dia tidak akan tersinggung kerana celaan dan kritikan orang lain.Dia tidak sombong kerana menerima pujian, tidak bangga kerana dinaikkan pangkat atau mendapat harta yang banyak dan kedudukan baik.
Malah, orang yang bekerja dengan ikhlas, tetap terus berusaha hingga tercapai yang dicita-citakan. Dia tidak akan menghentikan kerja itu walaupun akan menghadapi rintangan, halangan dan menempuh pengorbanan besar.
Hal ini kerana mereka mengharapkan keredaan Allah yang tidak ada batasannya.Dalam hubungan ini Hujjatul Islam Imam Ghazali ada berkata; Manusia semuanya mati, kecuali yang masih hidup ialah orang yang berilmu. Tetapi, umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak tertidur kecuali yang jaga ialah orang berilmu dan beramal.
Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya hanya orang yang ikhlas. Tetapi, ingatlah bahawa ikhlas itu berada dalam keadaan yang amat sulit ibarat telur di hujung tanduk.
Demikian caranya Imam Ghazali memberikan gambaran terhadap sifat ikhlas itu. Oleh itu, kita harus yakin bahawa suatu amal yang dikerjakan dengan ikhlas, kesannya tetap abadi.
Jelasnya, sifat ikhlas dalam beribadah amat penting dan senjata yang tidak luntur bagi menghadapi gangguan syaitan.

agama
Istikhlas
Buat teman-teman seperjuangan,
dalam mencari redha Tuhan,
Meniti perjuangan yang penuh cabaran....
Acapkali sukar untuk hati melakukan sesuatu kerana Allah tiada belah bagi, kita dihidangkan dengan pilihan untuk menggugat niat yang sukar mencapai tahap ikhlas..sesungguhnya Dia tahu..bahkan Maha tahu bahawa amat sukar manusia melakukan untuk-Nya..seperti mana apa yang digambarkan oleh Iman Nawawi dalam kitabnya al-Hubb wa as-Syauq wa ar-Redha...cinta, rindu dan redha..lantas Allah khabarkan kita dengan pelbagai kemanisan hidup di syurga dan ganjaran pahala..serta azab yang pedih bagi yang ingkar..namun kita masih lagi tidak mampu untuk membayangkan segalanya kerana seringkali berharap mendapat sesuatu dalam masa terdekat..
Rasulullah pernah berpesan,mahfum hadith..Menangislah ketika membaca al-Quran, jika kamu tidak bisa menangis maka cubalah sedaya,jika tidak jua buat-buatlah menangis..
Dari sinilah ulama mendapat kaedah istikhlas..buat-buat ikhlas..harus dalam usaha untuk ikhlas..istikhlas atau meminta untuk ikhlas adalah wazan yang sama dengan istighfar...maka teman2..kalu susah sgt untuk ikhlas..anggaplah cuba buat-buat ikhlas..banyakkan berdoa untuk ikhlas...Allah akan mudahkan
Allahummaja'alna minal mukhlishin

Subscribe to:
Posts (Atom)