"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada
mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.(Faathir: 29)
Sifat ikhlas adalah pokok segala kebahagiaan. Sesuatu kerja yang tidak lahir dari hati ikhlas, nescaya tidak menghasilkan buah, malah boleh merugikan. Ingatlah, amal tanpa disertakan dengan keikhlasan hati, tidak menghasilkan pahala di sisi Allah Swt.
Orang yang tidak mempunyai keikhlasan hati umpama berdiri di tempat gelap tidak mempunyai lampu cahaya untuk meneranginya, tidak mempunyai sayap untuk terbang tinggi. Dia bekerja hanya untuk dorongan hawa nafsu.Jika itu niatnya, dia akan jatuh ke lembah kebinasaan dan kehinaan. Tuhan memerintahkan kita supaya beramal dan beribadat dengan keikhlasan hati.
Segala pengabdian diri terhadap Allah Swt hendaklah dilakukan seikhlas-ikhlasnya dengan penuh kebenaran, keadilan, kebijaksanaan dan kesabaran.Allah Swt memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepada-Nya dengan tulus ikhlas. Dalam erti kata kerjakan sesuatu amalan dan pekerjaan itu kerana Allah bukan sekali-kali disebabkan sesuatu atau seseorang, lebih-lebih bagi merebut ganjaran kebendaan.
Syeikh Al Khushairi seorang pengasas tasauf menerangkan bahawa ikhlas itu mengerjakan ibadah kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah. Ia bukan kerana untuk mencari kesayangan orang atau sesuatu hal lain.
Sifat keikhlasan hati yang menjadi pedoman kepada seseorang dalam pekerjaan atau perkhidmatan. Ia adalah alat yang menyampaikan cita-cita mulia. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan hati, tentu tidak mudah patah atau putus harapan. Tidak mudah putus asa. Dia tidak akan puas hati sebelum pekerjaan yang dilaksanakannya itu berhasil sepenuhnya.Mereka dalam bekerja, teguh pendirian serta kuat hemah dan kemahuannya. Dia tidak akan tersinggung kerana celaan dan kritikan orang lain.Dia tidak sombong kerana menerima pujian, tidak bangga kerana dinaikkan pangkat atau mendapat harta yang banyak dan kedudukan baik.
Malah, orang yang bekerja dengan ikhlas, tetap terus berusaha hingga tercapai yang dicita-citakan. Dia tidak akan menghentikan kerja itu walaupun akan menghadapi rintangan, halangan dan menempuh pengorbanan besar.
Hal ini kerana mereka mengharapkan keredaan Allah yang tidak ada batasannya.Dalam hubungan ini Hujjatul Islam Imam Ghazali ada berkata; Manusia semuanya mati, kecuali yang masih hidup ialah orang yang berilmu. Tetapi, umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak tertidur kecuali yang jaga ialah orang berilmu dan beramal.
Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya hanya orang yang ikhlas. Tetapi, ingatlah bahawa ikhlas itu berada dalam keadaan yang amat sulit ibarat telur di hujung tanduk.
Demikian caranya Imam Ghazali memberikan gambaran terhadap sifat ikhlas itu. Oleh itu, kita harus yakin bahawa suatu amal yang dikerjakan dengan ikhlas, kesannya tetap abadi.
Jelasnya, sifat ikhlas dalam beribadah amat penting dan senjata yang tidak luntur bagi menghadapi gangguan syaitan.
Wednesday, April 8, 2009
Istikhlas
Buat teman-teman seperjuangan,
dalam mencari redha Tuhan,
Meniti perjuangan yang penuh cabaran....
Acapkali sukar untuk hati melakukan sesuatu kerana Allah tiada belah bagi, kita dihidangkan dengan pilihan untuk menggugat niat yang sukar mencapai tahap ikhlas..sesungguhnya Dia tahu..bahkan Maha tahu bahawa amat sukar manusia melakukan untuk-Nya..seperti mana apa yang digambarkan oleh Iman Nawawi dalam kitabnya al-Hubb wa as-Syauq wa ar-Redha...cinta, rindu dan redha..lantas Allah khabarkan kita dengan pelbagai kemanisan hidup di syurga dan ganjaran pahala..serta azab yang pedih bagi yang ingkar..namun kita masih lagi tidak mampu untuk membayangkan segalanya kerana seringkali berharap mendapat sesuatu dalam masa terdekat..
Rasulullah pernah berpesan,mahfum hadith..Menangislah ketika membaca al-Quran, jika kamu tidak bisa menangis maka cubalah sedaya,jika tidak jua buat-buatlah menangis..
Dari sinilah ulama mendapat kaedah istikhlas..buat-buat ikhlas..harus dalam usaha untuk ikhlas..istikhlas atau meminta untuk ikhlas adalah wazan yang sama dengan istighfar...maka teman2..kalu susah sgt untuk ikhlas..anggaplah cuba buat-buat ikhlas..banyakkan berdoa untuk ikhlas...Allah akan mudahkan
Allahummaja'alna minal mukhlishin

Labels:
agama
Tuesday, April 7, 2009
Pak Pandir beli handphone
Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin.
"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.
Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.
"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"

lawak
Jenaka
Jenaka 1
Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya.. Doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang2. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya.
Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri & berkata..
"Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"
Dengan kehairan pemuda melakukannya dan bertanya..
"Doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang2, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?"
"Supaya," jawab si doktor..
"Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan2mu
yang bertubi-tubi seperti tadi!"
Jenaka 2
Seorang Ibu di kampung menceritakan kepada temannya tentang anaknya dengan penuh rasa bangga...
"Anak gadis saya yang masih menuntut itu tinggal di Kondo di KL.. !"
"Ia makan malam di restoran yang berbeza setiap hari, ada baju bagus2 dan banyak kekasih".
Rakannya membalas..
"Saya faham perasaan engkau.. Anak gadis saya juga seorang pelacur seperti itu... Tabahlah..."
Jenaka 3
Linda sedang menampal kertas dinding (wallpaper) bergambar bunga-bunga di dinding biliknya. Setelah selesai dia memanggil ibunya untuk memberi komen mengenai hasil kerjanya itu.
Ibu : "Kertas dinding yang kau pasang ini cantik sekali, tapi mengapa di bahagian sana gambarnya agak menonjol seperti tidak rata.."
Linda : "Oh... baru saya ingat.. saya lupa menanggalkan jam dinding tadi!!"
Jenaka 4
Rina : "Moyangku berperang melawan Jepun. Datukku berperang melawan Portugis. Dan ayahku berperang melawan Bugis"
Azrul : "Nampaknya keluargamu tidak boleh bertolak ansur dengan orang

Motor oh motor
Semalam berlaku peristiwa yang agak suwei dalam perkiraanku. Percaturanku untuk balik ke UMP dari kampung pada waktu malam benar2 satu kesilapan besar. Masih kuingat pesan mak, "xpayahlah balik malam2, nnt motor rosak ssh, bahaya mlm2 ni, balik pg esok je lah"
Tp anak degil dia ni xdgr kata. Sementelahan pula mmg byk keje yg nak disiapkan, dengan ader presentation esoknyer. Nak tak nak kena gak lah blk mlm tu.. Bkn nyer xnk blk awal.. Adik aku bwak motor g kedai gunting rambut.
Tak taulah rambut ke dawai yg dipotong camtu punyer lama.. Lepas maghrib tu tanpa berlengah2, aku pun memulakan perjalanan. First time ni jln jauh mlm2 naik motor. Langit yang mula2nya cerah kian beransur gelab petanda hari sudah malam. Cantik bulan malam ni. Aku mendongak ke atas langit. Naik motor maa..Bosan cam pe.. so mata melilau lh dengan galaknya.. Aku bawak xlaju mana pun.. ialah, malam2 ni xnmpk sangat.. dengan lampu motor yang macam lampu gasolin tikala zaman kecik2 dulu..
Dengan penuh yakin, aku pun membuat keputusan.. kena ikut jalan short cut ni.. jam pun nk masuk kul 8.. tp tu lh.. bkn nyer brani pun.. kiri kanan utan je jln tu. Pastu jalan sempit.. Ssuai lh ngan nama short cut.. janji cpt smpai maa.. takut2 ni tolak tepi lah.. nk takut pe ye x? Antu nk bonceng.. Xkan dia nk ikut aku blk UMP.. Aku pun mls.. Tanggungjawap yang memanggil aku kembali.. Lg pun mana ader antu2 ni.. jin byk lh.. Fikirku dlm benak menyedapkan rasa gundah di dada.. Alhamdulillah rasa takut itu hilang berganti dengan rasa berani.. Sekurang2nya aku berani mencabar rasa takut itu.. Seperti quote yg aku penah dengar tika di zaman sekolah dulu.. Courage; doing what u are affraid to do. There can be no courage unless u are scared.
Tika sedap2 melayan perasaan, tiba2 motor aku bergoyang.. Alahai.. ni xlain xbukan tayar bocor lh ni.. Nak2 pulak kt tempat gelap2 gini.. Aku pun brenti lah.. Suwei tul.. ni lah xdgr ckp mak lg.. rasa menyesal menusuk kalbu.. masin btul mulut mak ni.. Kalo kena tp jln raya xpe lh.. ini kt jln org xlalu.. alahai.. Tgk kiri knan hutan je.. Cek lah tayar.. Ingtkan tayar blakang je.. Rupanye tayar depan pun menerima nasib yang sama.. Bak pepatah melayu, cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya. Aku pun mula rasa bengang.. Xder pulak aku langgar paku.. lopak2 pun abis aku elak dengan gayanya.. Mulalah terfikir pasal antu.. Cet.. Kalo makhluk tu wt dajal mmg kurg asam lah. Kalo melintas dpn jln ke, tahan motor ke, bonceng blakang bleh thn kira.. Ni g pancitkn tayar lak.. dua2 lak tu. mmg kuang ajar lh..
Tp aku rasa bkn antu pun, ni padah xdgr ckp mak.. mmg aku nk cpt pun ptg tu.. xsmpt jamah nasi mak hidang.. aduhai.. duk lh menung sorg2 mengenang nasib malang sendiri. Nak kata takut xjugak.. da ader experience kena tggal dgan ayah dlm utan.. gatal2 ikut dia cr ayam utan.. nnt lh kalo ader masa aku crita.. Mmg kalo duk sorg2 gini jgn takut lh.. jgn fikir mcm2. kalo takut itulh jin suka menyakat.. antu2 ni mana ader.. jgn percaya lh.. yg menyakat tu puak2 jin je.. Mnunggulh kt situ dengan boring nyer.. call mak britau tayar pancit. Yang menariknya crdt aku da xpired 2hari.. camne leh call tu.. ntahlah kuasa tuhan. Time gini lh teringat kt arwah.. kalo dia ader mesti dia teman sms, call2. Berasa diri ni keseorangan. Sedihnya tiada siapa nak teman. langit pun dah mendung.. dengan kilat silih berganti dgn guruh petanda nk ujan.. Jgn lh ujan pintaku.. jgnlh tambah lg dugaan. Cepat sekali datang bala kalau kita derhaka pada ibu. Bersyukurlah jgn dibalas di akhirat. kt sana lagi pedih azab.
Hampir stgh jam dduk di situ lalu lh sebuah moto. India. Penduduk situ gayanya. Dia lh yang menolong pgil pomen betulkan motor. Hampir 2jam gaklh kt situ btulkan moto.. perut pun dh lapar ni.. ye lh sarapan pagi je. tgahari xmkn. Da siap tu aku pun memecut laju.. Moga2 cpt2 smpai UMP.. Jam pun dh 1030pm time nk masuk highway maran tu. Mmg aku pecut lh kt highway tu.. Smpai UMP kul 1103pm.. Ltak beg, call mak britau dh smpai. Pastu cpt2 kuar blik ke Gambang nk mkn mlm.. Lapar punye pasal lupa tgn kotor ngan minyak itam. Smpai kt restoran bru prasan. Hehe.. Mujur ader sabun.. bila perut lapar gini selera pun tinggi.. Order lh daging msk merah, telur dadar, sirap laici, wahwah..Dh lh smpai sini je citer aku.. Melalut smpai ke menu mkn mlm lak.. hehe..

pengalaman
Subscribe to:
Posts (Atom)